Drone sebagai hobi

Assalamualaikum wbt buat warga2 blogger.

Hari ini saya nak menceritakan, bagaimana saya boleh join hobi ini. 
Niat nak beli drone dah lama ada di hati tetapi terpaksa diketepikan kerana harga drone yang boleh dikatakan agak mahal juga.
Minat timbul sebab saya memang gemar lihat pemandangan laut, bukit bukau, sawah bendang jadi bayangkan kalau ada drone bolehlah kita snap foto atau video untuk disimpan sebagai kenangan atau share di youtube dan blog.
Minat beralih arah mahu membeli adventure camera iaitu Gopro Max yang harga jauh lebih murah.
Jadi saya pergi ke kedai N4 camera berdekatan tempat tinggal saya di Seberang Jaya, P.Pinang. Di situ sewaktu saya mula nak survey gopro kebetulan diaorang display drone terbaru dari dji yang baru launch pada November 2019 iaitu Mavic mini. Harga ikut aksesori yang ditawarkan bermula dari RM1599 hingga RM 2299.


                                 RM1599


             
                                RM2299

Tapi masa tu saya tidak beli lagi. Balik rumah buka youtube dan tgk review daripada pengguna2 dalam dan luar negara. Rupanya dah kecoh dan satu dunia punya peminat drone dah ada model ni. Kita kira terbelakang sangat la.
Setelah mendapat feed back yang kebanyakan positif tentang Mavic mini ni, jadi saya buat keputusan di antara Mavic Mini dan Gopro Max saya pilih drone la sebab memang dah lama pendam. Harga lebih murah berbanding Mavic Pro dan Mavic pro2 yang mencecah RM7K.



Mavic Pro 2


Tapi aku tak tipu, kalau ada budget memang yang Mavic pro 2 aku rembas, sebab spesikikasi dan kestabilan memang dapat kat dia lagi😋. Tapi tak mengapa, setakat cuba2 dulu dan belajar selok belok drone dengan harga murah kalau jadi apa2, tak lah terasa sangat kannn....

Bila dah beli set Mavic Mini fly combo yang berharga RM2299, aku dah mcm tak sabar nak fly. Lepas cas ketiga2 bateri sampai penuh termasuk Remote control RC malam tu jugak dlm gelap aku launch. Yang paling nervous bila dah take off try terbang rendah dulu. Belajar kawal depan belakang atas bawah, bila nak landing aku tak reti. Kalut jugak la jadinya. 
Walau mcmnpun, setelah test dan training hari2. Lama2 dah makin confident. Aku cadangkan pada yang baru nak cuba beli drone. Boleh la beli dji Mavic mini ni, lagipun company dji ni pelopori teknologi drone worldwide. Banyak peminatw drone pun setuju, mavic mini ni walaupun kecil saiz dia tapi mantap dan stabil. Cuma kalau cuaca tidak berapa mengizinkan dan angin kencang lebih elok hold dulu penerbangan.  
Boleh la buat survey dulu di youtube, boleh tgk di channel aku Razmy Noor dan Subscribe la yea😆
ni aku sertakan link di bawah....

            https://youtu.be/80dm6JWYS34

Ada buat tutorial untuk yang baru nak belajar. Subscribe channel Razmy Noor.

Comments